Jejak ekologi
Jejak ekologi

Jejak ekologi

Jejak ekologi atau cap kaki ekologi ialah kaedah yang dipromosikan oleh Rangkaian Jejak Sejagat untuk mengukur permintaan manusia terhadap modal semula jadi, iaitu kuantiti semula jadi yang diambil untuk menyokong orang atau ekonomi.[2][3][4] Ia menjejaki permintaan ini melalui sistem perakaunan ekologi. Akaun tersebut membandingkan kawasan berdaya keluaran secara biologi yang orang guna untuk penggunaan mereka kepada kawasan berdaya keluaran secara biologi sedia ada di rantau atau dunia (biokeupayaan, kawasan berdaya keluaran yang boleh menjana semula perkara yang orang minta daripada alam). Pendek kata, ia ialah ukuran impak manusia terhadap alam sekitar.